Ramai yang tak sedar iPhone dan handphone yg digunakan melebihi 1 tahun perlu tukar bateri baru.

Jika anda mempunyai iPhone baru (iPhone 8, 8 Plus, atau iPhone hyped yang banyak hyped), masalah bateri adalah perkara yang tak perlu anda risaukan.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai iPhone yang lebih lama seperti iphone 7 dan ke bawah, ia mungkin menjadi masalah terutamanya selepas Apple mengaku telah mengurangkan kelajuan iphone dan beberapa masalah lain apabila bateri sudah lama.

Bateri yang dah berusia akan menurun prestasi dan boleh mendatangkan banyak masalah dan bahaya. Bateri lithium-ion adalah terbaik buat masa ini, tapi tidak sempurna. Lebih banyak kitaran anda cas dan gunakan bateri, semakin teruk kapasiti bateri.

Ramai tidak peduli dengan kerosakan bateri, “asal boleh guna tak perlu tukar”. Tapi sebenarnya banyak masalah timbul bila bateri anda makin berusia sehingga boleh merosakkan iPhone atau handphone anda. Kecederaan pun boleh terjadi jika bateri anda rosak seperti kembung dan boleh meletup.

Kebanyakan bateri LI-ION mempunyai jangka hayat kitaran cas sehingga 500 kitaran. Selepas 500 kitaran, bateri akan semakin lemah dan hanya dapat menampung kapasiti sebanyak 80% dan semakin merosot. Anggaran 500 kitaran adalah dalam tempoh 1 tahun atau 1 tahun setengah. Lebih kerap digunakan, lagi cepat bateri rosak.

Tapi macam mana anda tahu jika kapasitinya rendah dan ia telah melalui 500 kitaran caj?

Apakah Tanda-tanda iPhone anda perlu tukar bateri baru?

1- Handphone anda dah tak hidup

Ini mungkin satu yang jelas. Handphone yang tak hidup kemungkinan kerana handphone jatuh dan pecah atau handphone termasuk dalam air, atau motherboard rosak atau cuma bateri yang rosak.

Langsung tak keluarkan apa-apa tanda bila anda tekan butang ON. Kalau handphone anda tak boleh hidup selepas mengecas anda mungkin perlu tukarkan bateri dahulu. Kebanyakan iPhone yang tak boleh hidup datang ke kedai kami cuma sebab bateri rosak ataupun dah “kong”.

Untuk model Handphone Android lama pengguna boleh ganti sendiri bateri baru. Contoh, Samsung Galaxy S III dan Samsung Galaxy S5, Lenovo dan Nokia boleh tukar bateri.

Hampir semua model handphone baru menggunakan bateri build in contohnya Samsung, Oppo, Xiaomi, iPhone dan lain-lain. Perkara pertama yang anda perlu lakukan jika handphone anda tak hidup mungkin anda Cuma perlu tukar bateri.

2- Cuma Tunjukkan Lambang Bateri Bila Dicaj

Jika bateri dah tidak elok, ia tidak boleh menyimpan tenaga bila di caj. Walau bagaimanapun, jika fungsi telefon berfungsi dengan betul, telefon mungkin masih boleh dihidupkan bila kabel cas disambungkan.
Jika telefon tidak boleh dihidupkan bila anda berhenti mengecas, bermakna bateri anda sudah rosak dan perlu tukar bateri baru.

3- Cepat Habis Bateri

Situasi ini yang paling banyak kali terjadi. Siapa yang tak pernah mengalami bateri handphone cepat habis?

Ramai yang sebut, bateri “kong”. Bila cas dari merah, 15 minit je dah penuh. Bila nak guna, kejap je dah merah balik. Biasanya bateri yang elok akan bertahan 3-5 jam, bergantung kepada penggunaan.

Bateri yang dah rosak, sel bateri tak dapat menyimpan tenaga dengan optimum. Terpaksalah anda berkepit dengan powerbank yang berar dan berat.

Sebenarnya anda tak perlu pun menggunakan power bank kalau bateri anda dah “kong”. Tukar je bateri baru yang berkualiti. Bateri baru boleh bertahan sehingga 2x ganda dari bateri yang berusia 1 tahun ke atas.

Kalau anda dah tukar bateri baru tapi masih mengalami situasi bateri cepat habis, kemungkinan motherboard anda sudah bermasalah. Motherboard anda mengalami kebocoran tenaga dan menghabiskan tenaga bateri tanpa henti.

4 Bateri menjadi Panas

Bateri sewaktu dicas semula akan menghasilkan haba. Walau bagaimanapun, kebanyakan bateri bila dicas semula haba yang rendah hanya berada di dalam sel bateri, bahagian luar tidak menjadi panas.

Sekiranya ia mula menjadi panas, mungkin disebabkan sel di dalam bateri sudah haus dan rosak.suhu yang meningkat akan menggunakan lebih banyak tenga dari bateri menyebabkan bateri cepat habis.

Terdedah kepada keadaan yang panas di luar jugak boleh naikkan suhu. Terdedah kepada Matahari boleh meningkatkan lagi suhu bateri dan handphone.

5 Bateri Kembung

Bateri kembung merupakan tanda yang paling mudah untuk nampak. Handphone mengembung dan skrin melengkung.

Bila bateri dah tak elok, sel-sel di dalam akan pecah, dan menyebabkan bonjol di dalam bateri. Untuk bateri yang boleh di keluarkan, akan nampak dan rasa bateri sudah kembung. Untuk bateri build in, akan handphone akan kembung di bahagian skrin atau di belakang. Kalau ini terjadi bermakna anda perlu tukar bateri segera.

Skrin melengkung seperti iPhone akan merosakkan skrin dan mudah pecah kalau jatuh. Bateri yag kembung juga bahaya jika dibiarkan kerana risiko untuk pecah atau meletup sangat tinggi.

Kebanyakan iPhone yang datang bila bateri sudah terlalu kembung, kami tak dapat selamatkan skrin, disebabkan skrin dah hampir rosak. Mungkin boleh dibaiki atau teraksa tukar skrin baru. Datang untuk tukar bateri, tapi perlu tukar skrin sekali kerana dah terlalu lama dibiarkan.

Kesimpulannya, ada banyak tanda bateri rosak. Ramai yang ingat bateri rosak hanya bila sudah kembung. Sebenarnya tak semua bateri rosak akan jadi kembung. Cuma 40 dari 100 bateri rosak menjadi kembung, kebanyakannya bateri rosak nampak seperti biasa tapi cepat habis dan tak boleh cas atau handphone tak boleh hidup.

Kalau handphone anda ada salah satu tanda seperti di atas bermakna bateri handphone anda sudah rosak dan perlu ditukar. Lewat bertindak untuk tukar bateri akan menyebabkan lebih banyak masalah kepada handphone anda.